Keluarga Palestin diarah serah rumah kepada pendatang Yahudi

AL-QUDS, 8 Ogos 2017 — Mahkamah Majistret Zionis di al-Quds memberi tempoh sehingga esok (Rabu) supaya keluarga Shamasneh mengosongkan rumah mereka di kejiranan Sheikh Jarrah di Timur al-Quds untuk diserahkan kepada sebuah pertubuhan pendatang Yahudi.

Mahkamah mengugut bahawa pasukan polis akan menghalau keluarga Shamasneh sekiranya mereka tidak keluar secara sukarela.

Keluarga Shamasneh menyewa rumah tersebut dari pemegang amanah kerajaan Jordan sejak 1964, dan tetap tinggal di situ dan membayar sewa bulanan.

Mahkamah menolak semua dokumen yang membuktikan hak untuk menhgunakan rumah tersebut.

Undang-undang pentadbiran Zionis 1970 membenarkan seorang Yahudi untuk mendakwa pemilikan harta di al-Quds Timur sekiranya dia dapat membuktikan harta tersebut pernah dimiliki oleh Yahudi sebelum tahun 1948.

(Maan, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts