Keluarga Palestin dihalau untuk beri laluan pembinaan pengkalan latihan tentera

AL-KHALIL, 22 Ogos 2016 (MEMO) — Kamil Mousa al-Rabai dan tujuh ahli keluarganya terpaksa mengosongkan rumah mereka di perkampungan al-Tuwani di selatan Jalal al-Khalil, setelah menerima motis perobohan dari pihak rejim penjajah.

Menurut notis tersebut, rumah seluas 120 meter persegi itu akan dirobohkan dalam tempoh tujuh hari.

Al-Tuwani terletak 14 kilometer di selatan kota al-Khalil. Tentera Zionis mengisytiharkan zon larangan tentera di sebelah selatan perkampungan tersebut, di mana empat buah lagi perkampungan Palestin akan dirampas untuk dijadikan kawasan latihan tentera.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts