Keluarga Palestin dipaksa roboh rumah sendiri

BEIT LAHM, 3 Sep 2018 — Tentera penjajah Zionis memaksa keluarga Palestin di perkampungan Walujah di Beit Lahm meroboh rumah mereka sendiri, dan mengugut untuk meroboh tiga buah rumah lain atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Tentera Zionis mengancam untuk meroboh rumah keluarga Hanan Muhammad Razim yang terletak di kawasan Ain Jawizah, sekiranya mereka tidak meroboh sendiri. Semua kos perobohan akan ditangggung oleh keluarganya.

Di samping itu, tentera Zionis juga mengugut untuk meroboh tiga buah rumah lain milik Khalid Mahmud, Ala Hasan dan Muhammad Abu Tiin di kawasan Kholah Samak dan Ain Jawizah.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts