Keluarga Palestin Dipaksa Roboh Rumah Sendiri

runtuhAL-QUDS, 23 Sept 2014 (Ma’an) — Sebuah keluarga Palestin terpaksa merobohkan sendiri sebahagian daripada bangunan rumah mereka di Al-Quds Timur setelah mendapat arahan meruntuhkan bangunan daripada majlis perbandaran rejim Zionis.

Walid al-Ubeidi membina bangunan tambahan rumahnya sebanyak dua kali memandangkan saiz keluarganya yang besar. Beliau membina tambahan rumah dari tiga ke empat tingkat pada tahun 2002, dan seterusnya menjadi lima tingkat pada tahun 2004-2005.

Sepertimana kelaziman yang berlaku ke atas keluarga Palestin, Walid memohon untuk mendapatkan kebenaran pembinaan untuk kedua-dua kerja pembinaan tersebut tetapi tidak mendapat sebarang jawaban dari pihak rejim Zionis.

Sebuah mahkamah Zionis baru-baru ini memerintah keluarga Walid supaya meruntuhkan tingkat empat dan tingkat lima rumah mereka sebelum 25 September. Mereka akan dikenakan denda yang sangat tinggi sekiranya kerja meroboh bangunan tersebut dilakukan oleh pihak perbandaran Zionis.

Berikutan arahan itu, seramai 18 orang ahli keluarga al-Ubeidi akan kehilangan tempat tinggal.

Penduduk Palestin sangat sukar mendapatkan permit pembinaan di Tebing Barat, termasuk di kawasan Al-Quds Timur, sedangkan seramai lebih 550,000 pendatang Yahudi dengan mudah mendapat kebenaran membesarkan bangunan kediaman mereka.

Hanya 14% daripada kawasan Al-Quds Timur dibenarkan untuk penempatan warga Palestin. Satu pertiga daripada tanah milik rakyat Palestin dirampas sejak tahun 1967 bagi membina penempatan haram khusus untuk kaum Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts