Keluarga Palestin halang pendatang Yahudi menyerang masuk sebuah tadika di al-Khalil

AL-KHALIL, 12 Mac 2017 (Maan) — Beberapa keluarga dan aktivis Palestin hari ini berjaya menghalang cubaan segerombolan pendatang Yahudi dan anak-anak mereka menyerang masuk kawasan sebuah tadika yang terletak di Jalan al-Shuhada di Kota Lama al-Khalil.

Pendatang Yahudi berkumpul di Jalan al-Shuhada dan kawasan kejiranan Tel Tumeida sempena perayaan Purim. Mereka melaungkan slogan anti Palestin serta menyanjung Baruch Goldstein, yang telah membunuh 29 jemaah yang sedang mendirikan solat Subuh di Masjid Hebron pada tahun 1994.

Kota Lama al-Khalil dibahagikan kepada dua kawasan, H1 yang dikawal oleh Pihak Bekuasa Palestin dan H2 di kawal oleh tentera Zionis yang merangkumi 20% kawasan kota, berikutan peristiwa pembunuhan tersebut.

Sekitar 800 orang pendatag Yahudi, yang terkenal dengan sikap agresif, tinggal di Kota Lama dengan dilindungi oleh pasukan tentera Zionis. Sekitar 300,000 penduduk Palestin tinggal di situ.

Penduduk Palestin di Kota Lama terpaksa berhadapan dengan tentera Zionis setiap hari, dengan sekurang-kurangnya 20 sekatan jalan di bina di setiap laluan termasuk jalan ke Masjid Ibrahimi. Mereka juga tidak dibenarkan memandu di sepanjang Jalan Shuhada. Sebahagian daripada rumah dan kedai milik penduduk Palestin di Kota Lama di sita oleh tentera Zionis.

Bahkan penduduk Palestin tidak dibenarkan berjalan melalui beberapa kawasan Kota Lama.

Sedangkan pendatang Yahudi boleh bergerak bebas di jalanan, memandu kereta serta membawa mesingan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts