Keluarga Palestin hilang tempat berteduh selepas rumah mereka diroboh

BAITULMAQDIS, 17 Okt 2018 — Pihak berkuasa rejim Zionis pagi tadi meroboh rumah-rumah penduduk Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis dan al-Khalil, meninggalkan keluarga terbabit tanpa tempat berteduh.

Dalam kejadian di tenggara Kota Lama Baitulmaqdis, pasukan polis Zionis secara ganas memaksa ahli keluarga Khalil Za’atera keluar dari rumah mereka di kawasan kejiranan Jabal al-Mukabbir, menyebabkan kecederaan dan luka-luka. Tentera juga tidak membenarkan mereka membawa keluar barangan serta perabot.

Isteri beliau bersama lapan ahli keluarganya yang lain ditinggalkan tanpa tempat berteduh.

Sementara di selatan al-Khalil, sebuah rumah milik Shihadeh Abu Tah yang masih dalam pembinaan di kawasan Khillet al-Mayya di bandar Yatta turut diroboh oleh tentera Zionis.

Rumah yang didiami oleh 22 ahli keluarga itu musnah sama sekali.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts