Keluarga Qiresh dihalau: Penghapusan etnik tahun 1948 berterusan

Penghapusan etnik terhadap bangsa Palestin berterusan sehingga ke hari ini. Dalam tahun 1948, tindakan tidak-berperikemanusiaan Zionis ini dilakukan tanpa mendapat sebarang perhatian media. Namun pada hari ini, tindakan ini masih berterusan meskipun ianya semakin mendapat perhatian media antarabangsa.

Keadaan ini jelas mempamerkan sikap tidak peduli masyarakat dunia terhadap nasib bangsa Palestin dan kejahatan rejim pengganas Zionis. Sungguh dunia hari ini sebenarnya tidak peduli kepada tragedi kemanusiaan di Palestin, memandangkan mereka hanya bersikap sebagai pemerhati tanpa perasaan dan tindakan untuk menghalang kezaliman Zionis.

Tala Qiresh, anak kecil berbaju merah sebagaimana dapat dilihat di bawah, dan keluarganya telah dipaksa keluar dari rumah mereka di Bandar Lama Jerusalem. Walaupun peguam-peguam cuba membantu, askar-askar pengganas Zionis tetap menghalang mereka daripada mendapatkan hak untuk memasuki semula dan menginap di dalam rumah berkenaan. Bayangkan, rumah yang mempunyai 20 bilik itu didiami sejak tahun 1940, menjadi tempat berteduh kepada 40 orang bangsa Palestin.

Tala Qiresh
Tala Qiresh
Anak kecil ini di hadapan rumahnya yang dipaksa keluar oleh tentera Zionis yang tersenyum memerhati
Anak kecil ini di hadapan rumahnya yang dipaksa keluar oleh tentera Zionis yang tersenyum memerhati
Bahkan askar Zionis merasakan tindakan mereka suatu aksi keamanan
Bahkan askar Zionis merasakan tindakan mereka suatu aksi keamanan

Askar-askar Zionis tetap enggan menurut perintah mahkamah Israel bagi membenarkan keluarga Qiresh mendiami semula rumah mereka
Askar-askar Zionis tetap enggan menurut perintah mahkamah Israel bagi membenarkan keluarga Qiresh mendiami semula rumah mereka

Anak-anak Qiresh terpaksa tidur di jalanan
Anak-anak Qiresh terpaksa tidur di jalanan

Tala tidak dapat melelapkan mata ketika mana keluarganya tertidur di jalanan
Tala tidak dapat melelapkan mata ketika mana keluarganya tertidur di jalanan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts