GAZA, 29 Jan 2018 — Kemasukan barangan ke Gaza menurun secara drastik sepanjang minggu lalu, di mana hanya 325 buah lori melintas masuk melalui Pintu Karem Abu Salem setiap hari, berbanding dengan antara 800 hingga 1,000 buah lori sebelumnya.

Bilangan tersebut merupakan catatan terendah sejak tahun 2014, sekaligus menunjukkan peningkatan krisis kemanusiaan di Gaza.

Menurut institusi tentera Zionis di kawasan selatan, antara sebab utama penurunan tersebut adalah kuasa daya beli yang lemah. Dengan kata lain, penduduk Gaza tidak mempunyai wang untuk membeli keperluan mereka akibat sekatan haram rejim Zionis sejak 11 tahun lalu, menyebabkan semua kegiatan sosio-ekonomi terhalang.

Menurut data pertubuhan hak asasi EuroMed, 65% penduduk Gaza hidup dalam kemiskinan tegar, di mana tiga-per-empat penduduk Gaza memerlukan bantuan segera.

(PIC)

SHARE