Kemenangan Gaza Adalah Kemenangan Untuk Al-Aqsa

raedNAZARETH, 27 Ogos 2014 (PIC) — Ketua Pergerakan Islam di kawasan Palestin yang terjajah, Sheikh Raed Salah memuji kemenangan yang berjaya dicapai oleh muqawwamah di Gaza. Menurut beliau, kemenangan dalam mempertahankan tuntutan rakyat Palestin dengan berhasil menetapkan syarat-syarat dalam rundingan gencatan senjata di Kaherah telah mengukuhkan lagi kesatuan Palestin, dan kejayaan ini mesti diperlihara.

Dalam kenyataan akhbarnya Sheikh Raed menyebut, “apa yang menimpa Gaza baik kehancuran rumah mahupun kematian dan kecederaan yang dilaporkan sepanjang serangan Zionis itu merupakan pengorbanan, bukan kehilangan yang sia-sia.” Pengorbanan seperti ini mestilah dilakukan di sepanjang jalan pembebasan sehingga merdeka dengan penuh kehormatan dan dihentikan sekatan laut dan udara, kata beliau.

“Sebagai seroang warga Palestin di dalam Wilayah Palestin 1948, kami dengan tegas memilih untuk berdiri di belakang hak-hak rakyat Palestin berhadapan dengan Zionis. Kami tidak pernah, dan tidak akan sekali-kali, kesal dengan pilihan kami walaupun ditindas Zionis.”

Kemenangan Gaza adalah kemenangan Masjid al-Aqsa, katanya. “Ini adalah kerana ia telah meningkatkan semangat warga Palestin di Al-Quds yang sedang berhadapan dengan gerakan Yahudisasi di kota suci yang terjajah itu.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts