Kementerian Kesihatan: 3 Mati di Gaza kerana H1N1

8 Dis, Gaza – Jabatan kesihatan Palestin telah mengumumkan bahawa tiga warga Palestin di Semenanjung Gaza telah meninggal dunia kerana jangkitan virus H1N1, sementara sembilan orang lain sedang dirawat kerana penyakit yang sama.

Kenyataan Jabatan tersebut pada hari Isnin lalu mengatakan bahawa pesakit yang disyaki terkena jangkitan virus tersebut ditahan dan di kuarantin di hospital, situasi kesihatan mereka dilaporkan dalam keadaan “stabil”.

Kementerian meminta semua kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dan media untuk tidak menyebarkan situasi kepanikan kalangan orang ramai ataupun sebarang desas-desus, mencatatkan bahawa Gaza adalah daerah terakhir di dunia yang melaporkan kes selesema babi.
Jabatan Kesihatan Palestin menyeru orang ramai mengikuti perkembangan terkini di laman web jabatan yang mengandungi panduan dan cara pencegahan terhadap penyakit tersebut.PIC

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts