Kementerian Kesihatan Zionis Halang Lawatan Doktor

kesihatanBETHLEHEM, 11 Jun 2014 — Agensi Hareetz melaporkan bahawa Kementerian Kesihatan rejim Zionis menghalang para doktor daripada memeriksa kesihatan tahanan Palestin yang sedang menjalankan mogok lapar sejak lebih 49 hari lalu.

Para doktor dari pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia, peguam dan ahli keluarga tahanan pentadbiran mengumumkan bahawa pihak berkuasa penjara rejim Zionis menghalang para doktor daripada melawat tahanan terbabit, samada di dalam penjara mahupun di hospital.

Para tahanan dilaporkan mendapat layanan tidak berperikemanusiaan di hospital.

———-

Sumber: Palestinian News Network & Alray

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts