Kementerian Luar Palestin desak Rabbi Shlomo Mlmad ditangkap

RAMALLAH, 19 Jun 2016 (WAFA) — Kementerian Luar Palestin hari ini mendesak supaya Rabbi Shlomo Mlmad ditangkap atas tuduhan menghasut pembunuhan, selepas beliau yang menyeru pendatang Yahudi meracuni penduduk Palestin.

Pertubuhan Break the Silence minggu lalu mendedahkan bahawa Rabbi Shlomo Mlmad, pengerusi Majlis Rabbi-Rabbi penempatan Yahudi di Tebing Barat, menyeru pendatang Yahudi supaya meracuni bekalan air di ratusan bandar dan perkampungan Palestin bagi menghalau mereka keluar dan memberi laluan kepada pendatang merampas tanah mereka.

Kenyataan Kementeri Luar menyebut bahawa penduduk Palestin kini sudah lali dengan tindkaan pihak rejim mencuri bekalan air dan kemudian menjualnya kembali kepada penduduk Palestin. Kebelakangan ini syarikat pembekal air Zionis memotong bekalan ke kota-kota di utara Tebing Barat, dalam keadaan musim panas di bulan Ramadan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts