GAZA, 18 Nov 2018 — Kenyataan Setiausaha Kementerian Perumahan Palestin di Gaza, Naji Sarhan, hari ini mengesahkan sebanyak 1,252 buah rumah telah rosak dalam serangan selama 48-jam tentera penjajah Zionis ke atas Gaza awal minggu lalu.

Serangan tersebut telah menyebabkan kemusnahan bangunan kediaman yang dianggarkan bernilai US$7 juta. Sebanyak 77 buah rumah musnah sama sekali dan 20 yang lain tidak lagi selamat untuk didiami.

Sekurang-kurangnya 14 penduduk Gaza terkorban dalam serangan yang bermula pada lewat hari Ahad itu. Serangan berakhir pada hari Selasa setelah pihak Mesir berjaya merunding gencatan senjata.

(PIC, MEMO)

SHARE