Kempen Pembersihan Etnik Oleh Regim Zionis Israel

Semenjak tahun 1948, Palestin telah terlalu banyak mengalah dan berlapang dada. Kini terserahlah kepada Israel untuk menamatkan kempen pembersihan etnik yang dilaksanakan oleh rejim zionis agar proses kearah mencapai kedamaian dan keamanan berjaya direalisasikan.

Menteri Luar Israel, Danny Ayalon, cuba menggambarkan cita cita Israel yang didakwanya cintakan keamanan merayu kepada Palestin yang dikatakan sukar untuk berdamai agar dapat bersama sama duduk berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan dua negara dan dua bangsa ini. Namun siapakah yang menghentikan proses perdamaian ini? Israel lupa bahawa  seluruh dunia sememangnya tidak buta dalam memerhatikan gelagat Israel ini dan pembohongan ini akan terus menerus terbongkar sedikit demi sedikit.

Ayalon mendakwa bahawa pembangunan penempatan di kawasan haram yang diduduki Israel bukan perkara yang perlu dirisaukan dan ia tidak mempunyai masalah untuk mencapai keamanan kerana dalam jangkamasa “43 tahun sejak Israel menguasai Tebing Barat, kawasan yang dibangunkan sebagai kawasan penempatan adalah kurang daripada 1.7% dari jumlah keseluruhan kawasan. ”

Walaubagaimanapun, marilah kita sama sama mengimbau kembali beberapa fakta yang sekian lama tidak dipersoalkan. Sejak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Israel menandatangani perjanjian damai Oslo pada tahun 1993, jumlah penduduk Israel di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Jerusalem Timur, telah meningkat tiga kali ganda menjadi lebih dari setengah juta. Ayalon cuba mengubah pandangan dunia bahawa penempatan Israel kini menguasai 42% dari Tebing Barat dengan menarik perhatian dunia kepada kawasan yang dibangunkan, menurut laporan bulan Julai lalu dari kumpulan hak asasi manusia, Israel B’Tselem.

B’Tselem menunjukkan bahawa sekarang ini ada lebih daripada 200 penempatan Israel yang dihubungkan satu sama lain dan ke pusat Bandar Israel, oleh satu rangkaian jalan raya yang rumit. Jalan ini dilengkapi dengan pelbagai ciri ciri keselamatan dan sentiasa merentasi tanah tanah rakyat Palestin. Malah, rakyat Palestin dihalang daripada menggunakan jalan tersebut. Mereka bukan sahaja dinafikan hak keatas tanah mereka malah Israel bertindak mengasingkan rakyat Palestin yang hidup dalam kesengsaraan antara satu tanah dengan yang lain.

Walaupun pernah wujud perjanjian pemberhentian aktiviti (moratorium) selama 10 bulan yang berakhir pada bulan September lalu, Israel tidak pernah berhenti membangunkan penempatan Israel walaupun untuk satu hari sahaja. Pembinaan tersebut terus berjalan tanpa gangguan, menurut Israel’s Peace Now, dan pada minggu terakhir perjanjian pemberhentian tersebut berakhir secara rasmi pendatang haram Israel telah pun bersedia untuk pembangunan perumahan baru yang terhenti pada bulan-bulan sebelumnya. Di Timur Jurusalem, Israel tidak pernah mengiktiraf pemberhentian aktiviti tersebut, malah penduduk Israel yang disokong kerajaan terus menerus mengusir warga Palestin dari pelbagai tempat.

Ketika kekejaman Israel di Timur Jerusalem mendapatkan sedikit perhatian, secara diam diam Israel telah melakukan proses pembersihan etnik di Lembah Jordan. Israel telah mengurangkan populasi penduduk Lembah Jordan daripada 200,000 orang tempatan Palestin kepada hanya 60,000 dengan menghancurkan perkampungan perkampungan mereka dan mengistiharkan bahawa wilayah tersebut adalah penting kepada perbatasan mereka.

Projek penempatan Israel yang didakwanya mempunyai satu tujuan iaitu sebagai tanda pengunduran Israel dari Tebing Barat dan mencari kaedah penyelesaian keamanan di antara kedua dua negara yang sangat mustahil untuk dicapai. Pada hari ini, tanpa memerlukan statistik bilangan penduduk Israel dan Palestin, kita terpaksa mengakui bahawa Israel telah berjaya dan apa yang kita hadapi saat ini adalah sebuah realiti pemisahan bangsa yang berlaku di seluruh Israel, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Tokoh demografi Yahudi Universiti Sergio DellaPergola baru-baru ini mengatakan kepada Jerusalem Post bahawa jumlah bangsa Yahudi adalah kurang daripada 50% daripada jumlah penduduk di Israel, Tebing Barat dan Jalur Gaza. Walau bagaimanapun, bangsa minoriti Yahudi ini berjaya menguasai hampir semua majoriti penduduk yang merangkumi 1.4 juta bangsa Palestin (kelas dua) berwarganegara Israel, 2.5 juta warga Palestin di bawah penjajahan di Tebing Barat dan 1.5 juta yang lain dikurung di penjara terbuka yang terbesar di dunia, semenanjung Gaza. Semua unjuran yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa bilangan rakyat Palestin akan berkurang dalam masa beberapa tahun.

Kezaliman dan ketidakadilan ini tidak pernah diadili. Di bawah dasar kejam Israel dan sikap pengecut Amerika Syarikat untuk mengerahkan semua pengaruh dan kuasanya, kezaliman dan ketidakadilan ini tidak akan ada pengakhirannya. Kadar pertumpahan darah semakin meningkat dan terus meningkat.

Ketika mana, tidak ada tindakan yang serius diambil oleh Amerika Syarikat atau negara-negara lain untuk menghalang tindakan kejam Israel, masyarakat dunia perlu memainkan peranan. Isu ini sebenarnya pernah berlaku kepada rakyat Afrika Selatan. Ketika masyarakat di Afrika Selatan melihat dunia seolah olah diam tidak melakukan apa-apa terhadap dasar apartheid yang mengancam mereka pada tahun 1950-an, mereka bangkit menyeru seluruh pelusuk dunia untuk melakukan apa jua inisiatif termasuklah boikot, meninggalkan negara mereka dan dan berusaha memulihkan undang undang dunia. Pada 1970-an dan ’80-an, kempen seperti ini menjadi tajuk perbualan utama di gereja-gereja seluruh Amerika Syarikat, kampus kampus universiti dan pusat pusat kemasyarakatan, malah ahli politik yang telah enggan menyokong hukuman apartheid terhadap rakyat Afrika Selatan akhirnya turut serta berkempen.

Hari ini kita melihat bahawa gerakan menegakkan keadilan rakyat Afrika Selatan seperti boikot, berhijrah  dan menegakkan kembali undang undang, sangat diperlukan oleh masyarakat awam Palestin dan ia harus berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Bahkan usaha ini telah mendapat sokongan dari sebilangan kecil rakyat Israel yang cintakan keamanan. Tujuannya adalah untuk melakukan apa yang sepatutnya kerajaan AS lakukan dan menekan Israel untuk menamatkan dasar diskriminasi terhadap warga Palestin di Israel, mengakhiri pendudukan dan penjajahan di Tebing Barat dan Jalur Gaza, dan mengembalikan dan menghormati hak-hak pelarian Palestin yang kembali ke rumah mereka setelah sekian lama meninggalkannya setelah Israel menolak untuk menerima kerakyatan mereka hanya kerana mereka bukan bangsa Yahudi.

Gerakan ini bukanlah berakhir di situ sahaja, malah ianya adalah titik mula untuk membawa kita menuju kearah perdamaian yang adil dan dibina di atas persetujuanbersama Israel dan Palestin. Namun, pada hari ini dasar Israel yang dirangka oleh Ayalon, telah menyababkan kita tiada pilihan lain.

Artikel oleh Ali Abunimah adalah penulis “Satu Negara: Satu cadangan penting untuk mengakhiri konflik Israel-Palestin,” dan co-pengasas Electronic Intifada.

Diterjemah oleh Tim Editorial HALUANPalestin

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts