Ringkasan

Kenyataan Angkuh Kementerian Luar Israel: Kapal-kapal Yang Menuju ke Gaza Tidak Boleh Membantu Apa-Apa

25 Mei – Israel terus memberi amaran akan menyekat perjalanan misi kemanusiaan yang membawa sembilan buah armada kapal yang mengangkut sekitar 700 aktivis pro-Palestin antarabangsa dan bekalan daripada menghampiri Gaza pada akhir bulan ini.

“Kapal-kapal yang menuju ke Gaza tidak melakukan apa-apa untuk membantu orang di sana,” kata Yigal Palmor, juru bicara Kementerian Luar Negeri Israel. Sebelum ini sudah ada usaha kecil dilakukan oleh aktivis tertentu, dan tindakan itu telah dicegah oleh kerajaan Israel pada tahun lalu. Dalam peristiwa itu seramai lima orang ┬átelah menyusup ke Gaza dalam beberapa tahun terakhir melalui jalan laut.

Palmor berkata misi maembantu Gaza tidak membawa kesan besar kepada usaha membantu rakyat Palestin, sebaliknya usaha ini adalah usaha memajukan agenda radikal mereka yang dibayangi oleh Hamas.”

Armada Kebebasan diadakan oleh kumpulan bantuan kemanusiaan Palestin yang diketuai oleh IHH, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Turki. Misi ini adalah yang terbesar dalam membawa pelbagai bantuan kemanusiaan ke Gaza semenjak Israel dan Mesir mengenakan sekatan persempadanan ke atas Gaza. Konvoi kapal ini terdiri dari 9 buah kapal yang akan bergabung dari Turki, Eropah, Asia dan UK di mana pada pada hari Selasa (25/5) kelak akan bergabung di perairan Cyprus di Laut Tengah dan selanjutnya menuju Gaza. (haaretz)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts