Kenyataan Netanyahu: Jerusalem adalah Negara Bagi Kami

Walaupun terus menerima kecaman antarabangsa yang datang bertubi-tubi akan tindakan Israel dalam isu pembangunan ribuan pemukiman baru di Jerusalem, namun kerajaan Israel terus bersikap tidak peduli dan ambil kisah. Sebaliknya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menegaskan hak Israel untuk melakukan pembangunan di Jerusalem, setelah berdiskusi dengan Amerika Syarikat berkaitan perancangan pembangunan rumah baru di kota tersebut. “Jerusalem bukan sekadar pemukiman, melainkan negara bagi kita,” katanya di Washington pada Selasa lepas. (22/3).

Namun Netanyahu tidak menyebutkan rancangan kontroversinya untuk membangunkan 1600 buah rumah baru di Jerusalem Timur dalam ucapannya di hadapan kelompok lobi Amerika pro-Israel.

Sebelum itu, Menteri Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton, mengatakan dalam pertemuannya dengan pemimpin Israel bahawa mereka telah membuat pilihan yang sukar bagi usaha perdamaian.

Di lain pihak, pihak berkuasa Palestin sangat marah terhadapIsrael atas desakan pembangunan baru di wilayah Jerusalem yang diduduki.(mirzah/bbc)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts