PBB: 80% Penduduk Gaza Bergantung Bantuan Pihak Luar

Gambar oleh Latuff, Brasil

PBB merumuskan bahawa situasi di Jalur Gaza masih kritikal dan terdapat satu setengah juta orang termasuk 800,000 kanak-kanak yang hidup sebagai tawanan di Gaza akibat blokade yang dikenakan ke atasnya. John Ging, Pengarah Operasi UNRWA mengatakan dalam satu kenyataan kepada wartawan di New York pada hari Rabu (1/12) bahawa pada saat ini 80% penduduk Gaza bergantung pada bantuan dari pihak luar sedangkan pada sebelum ini  70% daripada penduduk Gaza mampu  bergantung pada diri sendiri sebelum blokade dikuatkuasakan.

“Tidak ada pertumbuhan ekonomi, setiap dari mereka ingin berbuat sesuatu tetapi tidak ada sumber untuk melakukannya. Gaza sangat memerlukan 100 buah sekolah baru, tetapi blokade oleh Israel menyekat usaha pembangunan, dan hanya ada enam buah sekolah sahaja terbina.” tambahnya.

Ternyata blokade Israel telah menganiaya penduduk Gaza dan PBB sendiri telah berkali-kali membentangkan situasi kronik di Gaza, namun sehingga saat ini dunia masih tidak mampu berbuat apa-apa. Walaupun pintu Rafah di buka, itupun dengan kawalan yang sangat ketat, Gaza masih terpenjara. Tindakan pakatan Israel dan Mesir membuka pintu Rafah hanyalah sekadar untuk meredakan ketegangan masyarakat dunia atas tindakan Israel  membunuh 9 aktivis kemanusiaan di atas kapal Mavi Marmara di perairan antarabangsa pada 31 Mei lalu ketika konvoi Flotilla “Lifeline for Gaza” berusaha memasuki Gaza melalui jalan laut.

Masyarakat dunia khususnya umat Islam perlu bersatu untuk meruntuhkan blokade Israel agar Gaza dapat berfungsi sebagai sebuah wilayah berdaulat. (pic/hp)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts