Kerajaan konsensus Palestin adakan mesyuarat sulung di Gaza

GAZA, 3 Okt 2017 — Kerajaan perpaduan Palestin mengadakan mesyuarat buat pertama kali sejak tiga tahun lalu di Gaza, menandakan bermulanya usaha perdamaian.

Perdana Menteri Dr Rami Hamdallah dalam ucapannya menyatakan komitmen untuk menamatkan perpecahan demi persatuan dalam melawan penjajahan Zionis, berdasarkan undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi PBB.

Dr Rami juga mendesak masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada rejim bagi menghentikan sekatan ke atas penduduk Gaza dengan membuka semua pintu sempadan dan pelabuhan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts