Kerajaan Malaysia Seru Wisma Putra Bawa Pulang Aktivis LL4G Dengan Segera

Kuala Lumpur, 1 Jun – Perdana Menteri Malaysia mengarahkan agar Wisma Putra berusaha membawa pulang kesemua aktivis Lifeline For Gaza (LL4G) yang ditahan oleh  Israel sejak serangan yang mereka lakukan ke atas kapal-kapal bantuan kemanusiaan pada awal pagi Isnin (31/5) di perairan antarabangsa dengan kadar segera. 12 orang aktivis Malaysia yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza atau LL4G itu turut melibatkan lebih dari 40 buah Negara. Dalam perjalanan konvoi tersebut rejim Israel telah mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) Mavi Marmara sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata tersedera.

PM juga menyatakan bahawa kerajaan sukar untuk mendapatkan maklumat akan situasi mereka, justeru Kerajaan akan menggunakan pelbagai saluran yang ada antaranya melalui PBB untuk mendapatkan maklumat tersebut.  Malaysia juga menyeru agar PBB mengusulkan jenayah keganasan Israel ini di bawa ke sidang Majlis Keselamatan PBB agar tindakan yang sewajarnya boleh di ambil terhadap Israel. Sebelum ini PM juga telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan Israel menyerang konvoi bantuan kemanusiaanke Gaza tersebut.

Sementara itu dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN Malaysia) yang mengetuia misi LL4G Malaysia menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa.

“Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia”, demikian menurut Presiden HALUAN, Prof. Madya Dr, Abdullah Sudin Ab Rahman

HALUAN juga menegaskan bahawa melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”.

“Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan bersikap keji dan penjenayah antarabangsa.” (HP)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts