Kerajaan Mesir Memberi Kebenaran Persempadanan Rafah Di Buka Bagi Menyalurkan Daging Korban

22.9.09-AV-Hari-Raya-di-Gaza-2020Kesatuan Doktor Arab memaklumkan bahawa pemerintah Mesir telah mengeluarkan keizinan untuk membuka persempadanan Rafah dengan Gaza yang selama ini melarang dan mengurung lebih dari 1.5 juta penduduk Gaza. Namun pembukaan itu hanyalah bersifat sementara, khusus bagi menyalurkan daging korban bagi rakyat Palestin yang kelaparan sejak dari tiga tahun lepas akibat kekejaman dan tindakan Yahudi Israel Israel.

Islamonline menyebutkan kenyataan Abdulah Ibrahim, Ketua Biro Hubungan Luar Negeri dari Lembaga Bantuan dari Kesatuan Doktor Arab. “Sudah ada kesepakatan dari pelbagai pihak Mesir yang bertanggung jawab dalam hal ini, untuk membuka persempadanan Rafah bagi menyalurkan 150 ekor sapi yang sudah disembelih dari Mesir ke Gaza,” ujarnya. Beliau menambahkan lagi bahawa perundingan yang dilakukan oleh pasukan medik Arab kepada pemerintahan Mesir bagi membuka persempadanan itu, adalah salah satu bentuk bantuan untuk meringankan rakyat Palestin di Gaza yang tidak berdosa.

Kempen yang telah dilancarkan oleh Kesatuan Doktor Arab ini dilakukan dengan tema “Korbanmu adalah Ketaatan pada Tuhan, Makanan bagi Hamba AlLah.” Program ini meliputi wilayah seperti Mesir, Somalia dan Gaza. Mereka menyerukan umat Islam untuk menyalurkan korban mereka kepada penduduk yang memang amat memerlukan agar mereka dapat mengukirkan senyuman di wajah mereka di hari raya Aidiladha nanti. Di Gaza, daging-daging korban itu akan disalurkan ke Rafah, Khan Yunis, Gaza Tengah, Gaza Utara dan kota Gaza. Sasarannya adalah sekitar dua puluh keluarga Palestin, yang akan dapat antara satu ke tiga kilogram daging per keluarga.

Ini adalah yang pertama berlaku, di mana Mesir mengizinkan pembukaan pintu persempadanan Rafah bagi menyalurkan daging korban. Dan untuk kali ini pihak Mesir mewarkan agar orang-orang yang melewati persempadanan Rafah terbatas dan hanya dibolehkan membawa sejumlah alatan perubatan dan jumlah daging korban yang sudah disepakati. Pihak Mesir melarang keras bila ada bahan makanan yang masuk melalui Rafah ke Gaza. (mln/iol)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts