Kes baharu Covid-19: Satu kematian, 8 positif di Gaza

GAZA, 26 Ogos 2020 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza hari ini melaporkan satu kematian dan lapan kes positif baharu Covid-19 berlaku di Gaza.

Kematian tersebut merupakan kes seorang lelaki berumur 61 tahun, yang dirawat dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia ketika dipindahkan dari Hospital Indonesia ke Hospial Eropah Gaza.

Sebanyak tujuh kes baharu positif Covid-19 berlaku di kem pelarian al-Maghazi di tengah Gaza, di mana salah satu daripada kes tersebut dikesan oleh doktor di Hospital Indonesia, utara Gaza.

Satu lagi kes baharu melibatkan seorang wanita berumur 20 tahun dari kejiranan al-Tuffah di Kota Gaza.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts