taabbodi20090104145846203Pasukan perubatan dari Norway melaporkan kepada Press TV (http://www.presstv.ir) bahawa mereka telah menemui kesan-kesan uranium (depleted uranium) pada beberapa orang mangsa yang tercedera di Gaza ketika serangan darat Israel.

Pasukan perubatan tersebut memberitahu wakil Press TV, Akram al-Sattari, bahawa sebahagian daripada mangsa yang tercedera sejak Israel memulakan serangan pada 27 Disember menunjukkan kesan-kesan uranium di badan mereka.

Laporan ini disebarkan selepas kereta-kereta kebal Israel dan tentera darat memasuki sempadan Gaza pada malam Sabtu, memulakan operasi tentera darat setelah 8 hari serangan bertubi-tubi tentera udara dan laut ke atas daerah yang menyedihkan tersebut.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, telah memberi amaran Ahad lalu bahawa serangan darat yang hebat di Semenanjung Gaza akan membawa pelbagai kaedah serangan yang tidak diduga.

Operasi tentera darat di kawasan yang padat dengan penduduk tersebut dijangka akan secara drastik meningkatkan lagi kematian dari kalangan orang awam.

Serangan terkini mengakibatkan 488 kematian dan 2790 tercedera. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyiarkan bahawa 25 peratus daripada mangsa adalah orang awam – 34 daripadanya adalah kanak-kanak.

Menurut kenyataan pegawai tentera Israel, sekurang-kurangnya 30 askar Israel tercedera sejak permulaan kempen serangan darat mereka.

Di dalam situasi masyarakat dunia mengutuk keganasan Israel di Palestin, Majlis Keselamatan PBB gagal untuk bersetuju dengan perancangan bersepadu untuk menyelesaikan krisis ini.

“Sekali lagi, dunia terkejut melihat bagaimana Majlis Keselamatan gagal berfungsi,” kata ketua Persidangan PBB, Miguel d’Escoto, Ahad lalu.

Menurut satu sumber diplomatik, Amerika telah menghalang satu resolusi Majlis Keselamatan, di mana Timbalan Embasador Amerika, Alejandro Wollf, berkata bahawa sebarang kenyataan rasmi Majlis Keselamatan untuk mengkritik Israel dan Hamas tidak akan membawa sebarang makna.

Washington setakat ini mengelak daripada memberi kenyataan samada serangan mendadak tentera darat Israel ke atas Gaza merupakan satu tindakan yang mempunyai asas yang kukuh.

Sementara itu Ehud Barak, pemimpin Parti Buruh, kini dilaporkan sebagai orang yang paling popular untuk memenangi pilihanraya Perdana Menteri Israel.

Walaupun pemimpin-pemimpin Israel terus menafikan tindakan operasi habis-habisan di Gaza mempunyai kaitan dengan pilihanraya tersebut, kajian mutakhir menunjukkan bahawa serangan ke atas rakyat Palestin ini memberikan kesan yang kurang baik kepada parti Kadima dan Likud, manakala parti Buruh menjadi lebih popular. Parti Kadima dipimpin oleh Menteri Luar Tzipi Livni, manakala mantan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memimpin parti Likud.

Tikus-tikus Israel bersedia memasuki Gaza
Tikus-tikus Israel bersedia memasuki Gaza

 

Tikus-tikus darat Israel memasuki Gaza
Tikus-tikus darat Israel memasuki Gaza
 
Lebih 100 kereta kebal memasuki Gaza
Lebih 100 kereta kebal memasuki Gaza
SHARE