Kesatuan Eropah Kecewa Israel Tetap Teruskan Pemukiman di Gilo

Al Aqsa20 Nov – Dari Brussel, Sweden, dilaporkan bahawa Presiden Kesatuan Eropah menyatakan kekecewaan mereka setelah Israel memutuskan untuk menambahkan pembangunan pemukiman baru di Gilo, Jerusalem Timur.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu (18/11), Kesatuan Eropah mengingatkan bahawa kegiatan permukiman, penghancuran dan perobohan rumah di Jerusalem Timur adalah menyalahi perundangan antarabangsa. Kegiatan-kegiatan seperti ini juga mengancam hasil perundingan perdamaian status akhir serta kelangsungan hidup sebuah penyelesaian dua negara.

Presiden Kesatuan Eropah juga menekankan bahawa kesatuan tidak pernah mengakui pencerobohan berlaku di Jerusalem Timur pada tahun 1967 mahupun 1980 dalam perundangan antarabangsa. Menurut kenyataan Kesatuan Eropah, tindakan yang diambil oleh pemerintah Israel bertentangan dengan hasrat masyarakat antarabangsa, termasuk negara Kuartet, dan berlawanan dengan usaha mewujudkan suasana kondusif untuk mencapai penyelesaian konflik antara Israel dan Palestin .

“Jika ada keinginan tulus untuk benar-benar berdamai, satu pendekatan harus ditemukan untuk menyelesaikan status masa depan Jerusalem sebagai ibukota dua negara,” tegasnya.

Kenyataan tersebut terbit tidak lama setelah Presiden AS, Barack Obama, pada hari Rabu mengatakan langkah dan usaha rumit yang dihadapi pemerintahannya dalam perancangan mengaktifkan  kembali pelan damai dan masalah di Palestin.

Obama mengatakan kepada Fox News bahawa penyelesaian tambahan pemukiman tidak membuat Israel lebih aman. Langkah seperti itu malah akan membuat usaha mencapai perdamaian di kawasan tersebut menjadi semakin sulit. (mirzah/pnn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts