Kesihatan Prof Mohamed Al-Salibi Kritikal Dalam Tahanan Israel

Menurut  Pusat Kajian Tahanan ‘dan Hak Asasi Manusia Ahrar , mengatakan bahawa keadaan kesihatan  Profesor Mohamed Al-Salibi, 62 tahun semakin serius  dan telah dipindahkan oleh pentadbiran Israel ke hospital.

Profesor Salibi telah diculik oleh pasukan pendudukan Israel pada 12 Disember 2009 dan beliau kini ditahan oleh pihak berkuasa Israel. Beliau sebelum ini pernah bertugas di Fakulti Undang-Undang Islam di Universiti Najah.

Pengarah Pusat Fuad Al-Khafsh mengatakan bahawa Profesor Salibi sedang menghadapi keadaan kesihatan yang sangat kritikal di Hospital Afula. Beliau telah diikat dan diberikan 10 suntikan tanpa persetujuannya.

Menurut anak perempuan beliau wajah ayahnya pucat dan cengkung ketika dia mengunjungi ayahnya di hospital, dan ayahnya kini tidak mampu berdiri.

Beliau menyatakan kebimbangannya  atas keadaan ayahnya dan memohon kepada Pertubuhan Hak Asasi Manusia untuk campur tangan bagi membebaskan ayahnya dari penjara Israel. (pic)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts