Ketua Majlis Wakaf dan timbalannya diharamkam masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 24 Feb 2019 — Polis penjajah Zionis hari ini membebaskan Ketua Majlis Wakaf, Sheikh Abdul-Adheem Salhab, dan Timbalannya, Sheikh Najeh Bukairat, selepas menjatuhkan arahan supaya mereka tidak memasuki kawasan Masjid al-Aqsa selama tujuh hari.

Arahan tersebut dibuat oleh polis Zionis tanpa merujuk kepada mahkamah.

Sheikh Abdul-Adheem dan Sheikh Najeh diculik dari rumah mereka padi tadi, dan dikurung di pusat tahanan al-Maskubiya.

Jumaat lalu, Majlis Wakaf memutuskan untuk membuka semula dewan solat di Bab al-Rahma walaupun mendapat bantahan dari pihak polis Zionis. Kawasan tersebut ditutup sejak 2003 ketika berlansungnya Intiadah Kedua.

Sheikh Abdul-Adheem sendiri mengetuai para jemaah membuka semula laluan masuk ke dewan tersebut, membolehkan para jemaah mendirikan solat buat pertama kali sejak 16 tahun.

Sementara itu, tiga aktivis yang dibebaskan iaitu Nasser Qaws, Hussni al-Kilani, and Ali Ajaj diharamkan memasuki al-Aqsa selama tiga hari. Penjaga Masjid al-Aqsa, Samer al-Qabani pula dikenakan hukuman sama untuk tempoh seminggu.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts