Ketua Pembangkang: Kerajaan Israel Seperti 3 Ekor Monyet

Ketua Pembangkang Israel, Tzipi Livni telah menyelar Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kerana menipu rakyat. Beliau berkata demikian dalam sebuah sidang media khas oleh Parti Kadima untuk membantah kenaikan harga barang.

“Kerajaan ini telah menghapuskan semua harapan rakyat dan mencabuli kepercayaannya,” kata Livni. “Israel sedang tewas. Kerajaan ini seperti 3 ekor monyet yang setiap satunya tidak melihat, mendengar dan bercakap. Hakikatnya, yang mereka lakukan hanyalah bercakap.”

Menurutnya, Perdana Menteri memutuskan untuk mengadakan perbincangan tentang isu berkenaan hanya apabila protes disuarakan, ancaman mogok oleh kesatuan sekerja Histadrut dan dikutuk oleh ahli partinya sendiri.

“Mereka hanya berkata-kata apabila melihat ada kepentingan politik yang terancam – bukan kerana rakyat yang menderita, tetapi kerana kuasanya tergugat. Kuasa mereka bukan hanya perlu digugat, ia mesti dijatuhkan,” kata Livni.

Dia juga menuduh kerajaan menyakiti rakyat. Setiap hari dibawah pentadbiran kerajaan ini, Israel semakin tewas dan rakyatnya juga tewas. Seluruh rakyat berasakan satu-satunya perkataan yang tidak terlaksana adalah kesaksamaan. Tiada beban yang ditanggung dengan saksama.

“ Rakyat yang baik ini,yang bangun di awal pagi untuk bekerja, yang berkhidmat dengan tentera, yang berada dalam pasukan simpanan, yang mencari pendidikan yang baik, yang mahu bangun di awal pagi dan memandu ke tempat kerja atau dengan pengangkutan awam, dan yang mahu meminum air yang bersih. Kerajaan ini melonggokkan beban sehingga apabila rakyat mahu memakan roti, mereka terpaksa mengorek wang simpanan mereka.”

Livni memperihalkan keadaan di Israel dua tahun selepas pilihanraya Knesset, “Untuk rakyat, petrol, air dan roti bukanlah barangan mewah. Kita mempunyai rakyat yang baik dan kerajaan yang teruk. Kerajaan ini mesti digantikan. Kadima akan menggantikannya.”

Dia juga menafikan kemungkinan Kadima menyertai kerajaan. “Netanyahu enggan melakukan suatu yang betul untuk Israel, kami takkan membantunya bertahan,” katanya.

‘Ketua kerajaan cukai’

Ketua Bahagian Kadima, Dalia Itzik juga menyerang perdana menteri negara itu. Tiada yang telah disentuh Netanyahu dan tidak berakhir dengan kerosakan. Saya yakin Israel berhak mendapat kepimpinan baru. Rakyat telahpun bersuara hari ini – “enough is enough”.

“Keadaan sudah benar-benar di luar kawalan. Dia mengetuai kerajaan cukai. Sebelum pilihanraya janjinya adalah mengurangkan kadar cukai. Tapi hari ini, dia menaikkan cukai melebihi mana-mana perdana menteri sebelumnya. Inilah kerajaan terburuk yang pernah memimpin Israel”, katanya. “Pendapat saya kuat mengatakan tahun ini akan menjadi tahun pilihanraya.”

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan Selasa lalu, Parti Kadima menyelar Perdana Menteri Netanyahu berkenan kenaikan harga air, roti, petrol, cukai harta dan kediaman.

“Netanyahu telah mengisytiharkan perang ke atas golongan kelas pertengahan dan masyarakat yang tertindas, sebuah peperangan yang akan menyaksikan beliau tumpas dan menyerah kalah.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts