Ketua Polis ceroboh masuk al-Aqsa bersama 85 veteran tentera Zionis

BAITULMAQDIS, 25 Jan 2019 — Ketua Polis Zionis, Yoram Halevy, menceroboh masuk Masjid al-Aqsa bersama segerombolan 85 veteran tentera yang terlibat dalam perang ke atas Palestin pada tahun 1967, tengahari semalam.

Pada masa yang sama, 41 fanatik Yahudi turut menceroboh masuk.

Mereka turut memasuki Kubah as-Sakhra’, di mana sebahagian daripada pendatang Yahudi ruangan solat wanita di mana Muslimah sedang mendirikan solat.

Pasukan khas polis Zionis menyerbu perkarangan tapak suci umat Islam itu melalui Pintu al-Maghareba, dan mengekang pergerakan para jemaah yang berada di situ.

Suasana tegang tercetus di Masjid a-Aqsa dan sekitarnya, akibat kebimbangan bahawa polis Zionis dan pendatang Yahudi akan menutup tapak suci dan menjadikannya sebagai zon larangan tentera.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts