Ketua Polis Zionis serbu kawasan Bab al-Rahma

BAITULMAQDIS, 27 Feb 2019 — Ketua Polis Zionis dan seorang pegawai kanan badan perisikan Shin Bet hari ini menyerbu masuk ke dalam bangunan Bab al-Rahma di perkarangan Masjid al-Aqsa.

Gerombolan besar polis Zionis mengiringi mereka berarak dengan penuh provokasi di tapak suci umat Islam itu.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Zionis menangkap penjaga al-Aqsa, Ali Hamad, berdekatan Pintu al-Asbat dan mengheret beliau ke sebuah pusat interogasi di Kota Lama.

Polis Zionis menangkap sebilangan pagawai Majlis Wakaf dan penjaga Masjid al-Aqsa selepas mereka membuka semula dewan solat Bab al-Rahma yang ditutup sejak 16 tahun lalu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts