Ketua Rabbi Zionis: Wajib bunuh penduduk Palestin yang membawa pisau

AL-QUDS, 14 Mac 2016 (MEMO) — Ketua Rabbi Zionis, Yitzhak Yosef, semalam mengeluarkan fatwa Yahudi bagi menggalakkan pembunuhan ke atas penduduk Palestin yang didapati membawa pisau.

“Jika seorang pengganas [penduduk Palestin] mendekati seseorang [Yahudi] dengan membawa pisau, ia adalah kewajipan agama [Yahudi] untuk membunuhnya – seseorang yang datang untuk membunuh, [kita] bunuh dia lebih dahulu,” hasut beliau.

“Jangan takut dengan mahkamah, atau sebahagian pemimpin tentera yang berkata lain [daripada apa yang beliau fatwakan],” kata beliau dengan merujuk kepada arahan Lieutenan Jeneral Gadi Eisenkot supaya penduduk Palestin yang cuba meyerang tidak dibunuh, sebaliknya dirampas senjata mereka. “Bilamana seorang kanak-kanak perempuan beumur 13 tahun memegang sebilah gunting atau pisau, dan dia mendekati tentera, saya tdak mahu melihat tentera melepaskan tembakan kepada kanak-kanak seperti itu,” kata Jeneral Eisenkot sebelum ini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts