Khader Adnan dibebaskan selepas mogok lapar selama 58 hari

JENIN, 14 Nov 2018 — Rejim Zionis petang semalam akhirnya membebaskan pemimpin Jihad Islami, Sheikh Khader Adnan, dua minggu selepas menggantung mogok lapar.

Sheikh Khader, 40, ditahan sejak 11 bulan lalu. Beliau melancarkan mogok lapar selama 58 hari, membantah tahanan tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan, serta tindakan rejim Zionis memperbaharui tuduhan palsu yang dikaitkan dengan beliau sebelum ini.

Pada 28 Oktober, beliau berhenti minum air selepas mogok selama 57 hari. Tidak lama kemudian, Sheikh Khader menggantung mogok lapar selepas pihak rejim berjanji untuk membebaskan beliau.

Sheikh Khader pernah mogok lapar sebanyak dua kali sebelum ini. Pada tahun 2011, beliau mogok selama 66 hari. Mogok tersebut telah mencetus pergerakan mogok besar-besaran, di mana sekitar 2,000 tahanan Palestin menyertainya pada tahun 2012.

Selepas itu pada tahun 2014, beliau sekali lagi mogok selama 55 hari.

Pemuda dari perkampungan Arrabeh di Tebing Barat itu mempunyai tujuh orang anak. Anak sulungnya berumur 10 tahun dan anak bongsunya, Maryam, berumur 18 bulan.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts