Khaled Misy’al: Pasukan Hamas di Gaza kukuh

Damaskus – InfoPalestin: Khalid Misy’al, Ketua Biro Politik Hamas menegaskan bahawa kejahatan Israel di Jalur Gaza gagal sama sekali mewujudkan tujuannya. Ia mengisyaratkan bahawa Israel dalam perangnya kali ini telah menciptakan pertempuran di semua rumah di semua negara. Padahal mereka ingin menghabisi pertempuran itu sendiri. Perang atas umat

Dalam TV yang disiarkan pada Sabtu (10/1) di hari ke 15 perang Israel ke Jalur Gaza, Misy’al mengatakan, harus disedari bahawa perang yang disebut Israel sebagai perang atas Hamas tidaklah benar kerana bukan saja perang terhadap siapapun yang memiliki senjata di Jalur Gaza, namun perang terhadap semua rakyat Palestin. Bahkan jika diamati kedahsyatan perang ini, maka pertempuran di Jalur Gaza adalah yang paling penting dalam diri warga Palestin. Ia adalah perang terhadap masalah Palestin dan bangsa Arab semuanya. Ia menegaskan bahawa perang ini bertujuan untuk memaksa Palestin dan memaksakan syarat-syarat kekalahan serta memaksa kita melakukan perundingan dan perdamaian yang hina berdasarkan keinginan Israel dan Amerika.

Pertempuran baik-baik saja dan akan menang

Misy’al memberikan khabar gembira kepada bangsa Arab dan umat Islam bahawa pertempuran di Jalur Gaza dalam keadaan baik-baik saja. Ia menegaskan bahawa Israel berusaha menjadikan Jalur Gaza sebagai panggung sandiwara untuk mengembalikan kekuatan Israel di sana. Namun Israel dikejutkan dengan perlawana Palestin yang begitu kuat di Gaza. Bahkan ppasukan muslimin di Jalur Gaza akan menang.

Ia mengisyaratkan bahawa sebuah pangkalan militer udara Israel di Makhayim mendapatkan serangan peledakan oleh roket pertempuran Palestin pada Sabtu siang kelmarin. Padahal jarak dengan Jalur Gaza adalah 50 km. Bahkan sejumlah serangan pasukan Palestin berhasil mengubah jalan pesawat tempur Israel setelah mereka berhasil menyerang dengan roketnya.

Ia menegaskan bahawa perang yang begitu kuat sekarang dan memakan korban yang ramai di pihak Palestin akan memperkuat perlawanan dalam menuntut permintaan mereka. Sebabnya, perjuangan ini pasti akan dibalas dengan kemenangan dan pembebasan sekatan dari Jalur Gaza.

Tujuan Israel tidak tercapai

Misy’al menegaskan bahawa serangan Israel ke Jalur Gaza gagal dalam mencapai tujuannya yang ditegaskan sejak awal. Mereka ingin menghentikan kekuasaan Hamas di Jalur Gaza dan perlawanan di sana. Namun itu tidak tercapai. Sebab roket perlawanan Palestin hingga sekarang tidak berhenti.

Ia melanjutkan bahawa Israel berhasil namun keberhasilan yang sangat hina sebab mereka melakukan kejahatan terhadap anak-anak dan wanita serta merosak bangunan dan infrastruktur.

Misyal menegaskan kepada Israel, “ Dengan kalian membunuh anak-anak dan wanita serta orang tidak bersalah dan menenggelamkan Jalur Gaza dalam darah sesungguhnya kalian ingin mendapatkan dukungan dari rakyat kalian dalam pilihanraya mendatang. Kalian juga gagal dakam membentuk pandangan dunia. Kerana kalian menciptakan pertempuran di seluruh rumah di dunia ini. Bahkan rakyat Arab tidak akan mahu menerima perundingan dengan Israel.

Gencatan senjata

Soal gencatan senjata seperti gagasan Mesir, Perancis, Syiria, Turki dan keputusan DK PBB no 1870, Misyal menegaskan bahawa semua gagasan itu disampaikan ketika rakyat Palestin dan pasukan muslim dengan tegar menghadapi kejahatan Israel sementara Israel gagal. Ketika mereka dan Amerika melihat bahayanya tentera muslimin Palestin, maka mereka menerapkan keputusan DK PBB itu. Setelah keganasan Israel begitu jelas, maka Amerika berusaha memaksa Israel menerapkan keputusan tersebut.

Ia menegaskan bahawa Israel harus menghentikan kejahatan sebelum meminta kepada pasukan Islam menghentikan serangan roketnya. Sebab rakyat Palestin dalam hal ini hanya terkorban. Israel harus menarik diri dari Jalur Gaza, membebaskan sekatan, sebab sekatan inilah yang telah menciptakan ledakan di kawasan, kemudian membuka persempadanan di sekitar Jalur Gaza. Itulah tuntutan rakyat Palestin.

Kami tidak terima gencatan senjata

Khalid Misy’al menegaskan bahawa gerakan Hamas tidak akan menerima gencatan senjata. Ini kerana ia mengandung perampasan hak terhadap rakyat Palestin dalam melakukan perlawanan terhadap penjajah. Selama ada penjajahan maka harus ada perlawanan. Perlawanan tidak berhenti dengan bantuan kemanusiaan. Tapi perlawanan berhenti dengan berhentinya penjajahan.

Hamas juga menolak pasukan antarabangsa ke Jalur Gaza sebab itu dilakukan dalam rangka menjaga keamanan Israel dan memukul pasukan Hamas. Hamas menilai bahawa pasukan antarabangsa akan memaksakan rakyat Palestin menerima kehadiran pasukan penjajah.

Soal persempadanan Rafah, Misyal menegaskan bahawa sudah saatnya mengembalikan kesepakatan persempadanan Rafah. Seharusnya Abbas mengatakan kepada dunia bahawa pihaknya ingin saling memahami aspirasi Palestin dengan Hamas di Gaza dalam menangani persempadanan Rafah termasuk dengan Mesir dan Eropah.

Kepada dunia Arab, Misyal menyerukan, jika kalian membiarkan rakyat Palestin dan mengecam kami maka kalian salah besar. Kerananya segeralah memuhasabah kesalahan ini. Bangsa Arab harus membela rakyat Palestin terhadap kejahatan Israel dan kemenangan tentera muslimin Palestin. Kalian jangan lagi bekerja sama dengan para pembunuh dan para thagut. Setelah DK PBB gagal menghentikan Israel dalam kejahatannya, seharusnya kalian sadar bahawa yang apa yang kalian perlu bela seharusnya adalah Palestin.” (bn-bsyr)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts