Khalid Misy’al Menyampaikan Ucapan Sulungnya Selepas Kemengan di Gaza

Khalid Misy'al
Khalid Misy'al

Seusai sudah kekejaman tentera Yahudi Zionis yang berlangsung selama 23 hari di Jalur Gaza. Gencatan senjata sebelah pihak yang dilakukan Zionis Israel, paling tidak memberikan kesempatan penduduk Gaza untuk kembali menghirup udara keamanan buat seketika. Di sebelah malam waktu tempatan (21/1), secara rasmi Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Misy’al menyampaikan pidatonya berkaitan penarikan tentera Zionis Israel dari Jalur Gaza.

Khalid mengatakan, bahawa kelompok pejuang Islam yang berada di Jalur Gaza dengan dukungan seluruh penduduk, kini telah memenangkan perang yang dimulai oleh tentera Zionis Israel. Ia kemudian menyebut gencatan senjata dan penarikan mundur tentera Zionis Israel dari Jalur Gaza sebagai bukti kegagalan, kerana setelah tiga minggu kekejaman itu mereka lancarkan, namun target untuk menumbangkan pejuang Islam tidak dapat tercapai.

Khalid Misy’al yang juga merupakan salah seorang ahli majlis tertinggi Hamas yang dalam pengasingannya di Syiria  kemudian mengatakan, “Apa yang terjadi di Gaza merupakan perang pertama dengan Zionis Israel yang dengan gemilang dimenangkan oleh bangsa Palestin. Hal ini akan menjadi titik tolak perubahan dalam perjalanan bangsa kita, dan menjadi asas kukuh dan dasar untuk menapak ke tahap berikutnya sehingga tanah Palestin terbebas secara nyata. Harapan itu sebentar lagi akan menjadi kenyataan “, tegas Khalid meyakinkan bangsa Palestin.

Ia juga menyebut kemenangan dalam menghadapi Zionis Israel, adalah kejayaan mereka dalam menghalau pembantai terhadap penduduk di Jalur Gaza, yang kebanyakan dari korban adalah anak-anak dan perempuan, serta penghancuran terhadap infrastruktur yang ada, baik rumah penduduk, sekolah, masjid dan juga gedung yang dibangun atas nama PBB. Itu semua hanyalah untuk mengubati luka mereka kerana tidak berhasil menerobos benteng kelompok pejuang Islam.

Khalid mengatakan, “Bangsa Palestin kini telah memenangkan dua peperangan, iaitu penghentian serangan Zionis Israel dan penarikan tenteranya dari Jalur Gaza, semua itu berlangsung tanpa syarat, sesuai dengan yang kita inginkan. Dan kini terbaki dua perang lainnya, iaitu membatalkan sekatan ekonomi dan membuka persempadanan khususnya persempadanan dengan Mesir di Rafah”. Khalid kemudian menjelaskan, walaupun adanya persempadanan lainnya, namun mereka lebih mengutamaknan penyeberangan Rafah, kerana bagi bagi penduduk Gaza persempadanan tersebut adalah jendela kami untuk berhubungan dengan dunia antarabangsa, terutama saudara kami bangsa Arab. Dan tentunya kami lebih memilih untuk meminta pertolongan kepada saudara kami sendiri di Mesir untuk membuka persempadanan ini.

Dalam siaran langsungnya yang di tayang di hampir seluruh stesyen berita di dunia Arab, Khalid Misya’al menyampaikan rasa terimakasihnya kepada pelbagai pihak, baik KTT yang digagaskan untuk kepetingan Gaza; KTT Doha dan Kuwait, serta seluruh umat Islam yang terus mendukung perjuangan warga Jalur Gaza sejak awal hingga kemenangan berhasil dicapai. Khalid juga mengatakan, bahawa dirinya kerap dihubungi melalui telepon oleh para pemimpin organisasi Islam, bahkan sebahagian dari pemimpin Nasrani, mereka semua tidak henti-hentinnya menyatakan dukungannya kepada kelompok pejuang Islam yang berjuang menghadapi serangan agresif Zionis Israel di Jalur Gaza. (SINAI/ALJ)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts