Khirbet Amniyr diruntuhkan buat ketiga kalinya

HEBRON, 5 Mei — Wanita dari dusun Badui di Khirbet Amniyr hanya mampu duduk dan melihat tentersa Zionis menghancurkan 12 rumah khemah mereka untuk ketiga kalinya pagi Khamis, 5 Mei.

Wanita-wanita mangsa kebinatangan Zionis ini mengatakan mereka sedang menunggu semua askar ganas itu berundur, supaya mereka boleh membina semula rumah khemah mereka dan sekali lagi membina kembali kehidupan dan ternakan mereka.

Amniyr, sebuah daerah di Yatta, Tebing Barat selatan, dikatakan kononnya terletak di sebuah zon tentera Israel.

Undang-undang zon Tentera yang dikuatkuasakan oleh Pentadbiran Awam Israel, merupakan sebahagian daripada 60 peratus kawasan Tebing Barat yang tidak boleh dimasuki oleh bangsa Palestin.

Sebaik sahaja askar-askar gila itu berundur, wanita-wanita itu masih tetap duduk, menunjau-ninjau kerosakan yang dilakukan, melihat kepada khemah-khemah dan tilam-tilam ditinggalkan bertaburan di bawah debu dan kotoran.

“Aku merayu kepada Allah supaya diselamatkan dari kekejaman penjajahan Israel,” kata ibu pemimpin dusun itu, sejurus dia bangun dari duduk dan mula mengumpulkan barang miliknya dari bawah debu dan kotoran.

Kawasan dusun Badui ini telah diranapkan dua kali, pertama pada 22 Februari ketika tentera Israel menghancurkan rumah-rumah dan dan merosakkan perigi air, kemudian menghalang pekerja ICRC dari menghantar peralatan bantuan.

Pada 29 Mac, tujuh orang Badwi dipukul oleh polis sempadan Israel ketika 12 buah khemah, iaitu khemah yang sama mereka rosakkan hari ini, dirobohkan untuk kedua kalinya.

Kesemua 12 keluarga Khirbet Amniyr telah diperintahkan keluar dari rumah khemah mereka pada awal tahun lalu, tetapi mereka tidak punya pilihan selain tinggal di situ kena tidak ada tempat lain untuk berpindah.

Amniyr adalah satu daripada tiga dusun Badwi sedang dalam perintah evakuasi Israel. Daerah lain termasuk kawasan perbukitan selatan Hebron dan utara Tebing Barat Nablus yang telah dihancurkan enam kali.

Di wilayah Negev Israel, rumah-rumah milik komuniti Badwi di Al-Araqib telah dirobohkan sebanyak 16 kali, untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah taman.

[mn/Ma’an]

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts