Khuzaa Berhadapan Bencana Akibat Hujan

hujanGAZA, 2 Nov 2014 (Ma’an) — Hujan lebat turun buat pertama kali di musim sejuk di Gaza kali ini. Kebimbangan selama ini di kalangan mangsa-mangsa yang dimusnahkan rumah mereka dalam serangan selama 52 hari itu telah menjadi kenyataan.

Penduduk Gaza, terutamanya di kejiranan Khuzaa, yang berteduh dalam penginapan sementara menggunakan kontainer mengalami keadaan yang paling getir apabila tempat tinggal seluas 30 meter persegi itu dimasuki air hujan.

Seorang mangsa, Osama al-Najjar, yang tinggal bersama isteri dan seorang anak perempuannya berkata, “Musim sejuk telah bermula dan air hujan masuk ke dalam kontainer dari bumbung dan semua sisi.” Kata beliau lagi, ada juga kontainer yang beralih lokasi kerana dibawa oleh arus air hujan bersama air kumbahan dan tanah selut.

Datuk Bandar Khuza’a memberi amaran kemungkinan berlakunya bencana di musim sejuk ini. Menurut beliau, Majlis Perbandaraan tidak mempunyai peralatan yang mengcukupi untuk membantu penduduk mengatasi masalah akibat hujan dan banjir.

“Dengan ketibaan musim sejuk, Khuzaa mungkin akan menjadi kawasan bencana kerana kita tidak dapat mengawal aliran air kerana struktur tanah telah berubah akibat serangan. Semua elemen kehidupan di sini telah dimusnahkan termasuk bekalan air, elektrik, komunikasi dan infrastruktur awam lain.”

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts