Klinik gigi pertama untuk pelarian Palestin di Damsyik kini 90% siap

Sebuah klinik gigi kebajikan bagi memberi rawatan kepada perlarian-pelarian Palestin di kem-kem sekitar Damsyik, Syria  kini hampir 90% siap. Usaha ini merupakan salah satu sumbangan masyarakat Malaysia dan Indonesia terhadap saudara-saudara mereka pelarian Palestin yang terpaksa menumpang di negara asing akibat kezaliman rejim Zionis di bumi asal mereka.

Klinik tersebut diusahakan hasil kerjasama antara HALUAN Malaysia dan dua buah NGO Indonesia iaitu Sahabat Al-Aqsha dan MER-C. Sumbangan dana bagi menjayakan projek ini adalah hasil sumbangan orang ramai daripada kedua-dua buah negara.

Akhir bulan lalu, Ketua Koordinator Bantuan Antarabangsa bagi Ikatan Ulama Palestin, Sheikh Ziyad Said Mahmud, telah mengadakan kunjungan bagi memantau perkembangan projek tersebut. “Alhamdulillah, tinggal 10% lagi siap dan insyaAllah pada bulan Januari 2011 klinik ini akan dapat memulakan perkhidmatannya untuk masyarakat pelarian Palestin di sini,” ujar beliau.

InsyaAllah, 5 orang doktor gigi akan bertugas untuk memberikan perkhidmatan kepada lebih 300 ribu pelarian Palestin dari Kem Pelarian Yarmuk, Palestin, Sbena, Khan Danun dan beberapa kem lain di sekitar kota Damsyik. Klinik gigi ini merupakan yang pertama pernah dibangunkan di Syria untuk pelarian Palestin. Ia akan menawarkan perkhidmatan yang sangat murah, iaitu satu per lima daripada caj yang dikenakan di klinik-klinik biasa. Bayaran itu adalah semata-mata untuk menampung kos operasi dan tidak bertujuan untuk mencari keuntungan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts