Klinik Israel tutup selepas merawat 5 warga Palestin

Lebih dari 5000 warga Palestin tercedera sepanjang tempoh 22 hari serangan Israel
Lebih dari 5000 warga Palestin tercedera sepanjang tempoh 22 hari serangan Israel

TEL AVIV – Sebuah klinik kecemasan Israel di sempadan Erez yang dibuka pada hari Israel mengisytiharkan genjatan sejata 18 Januari lalu, ditutup selepas merawat hanya 5 orang warga Palestin yang tercedera.

Berdasarkan kepada kenyataan akhbar, tujuan asal klinik tersebut adalah untuk memberi rawatan kecemasan dan membawa mereka yang memerlukan rawatan lanjut ke hospital di Israel.

Beberapa doktor ditempatkan di klinik tersebut, termasuk pakar sakit puan, pakar kanak-kanak, pegawai perubatan dan pakar trauma. Operasi klinik tersebut adalah di bawah kendalian Kementerian Kesihatan dan Mada (perkhidmatan kecemasan negara, malapetaka, ambulan dan bank darah Israel.)

Agensi-agensi berita antarabangsa dan pasukan bantuan mendakwa klinik tersebut diadakan hanya untuk tujuan publisiti dan propaganda. Beberapa agensi berita telah dijemput ke majlis hari pembukaan klinik tersebut.

Seorang jururawat sukarela di klinik tersebut, yang tidak mahu mendedahkan butir peribadi, berkata: “Ini adalah sebuah klinik yang serba lengkap.Kami mampu merawat dalam pelbagai  keadaan medikal; sayangnya hanya 5 orang pesakit mendapat manfaat dari khidmat kami.”

Sumber perubatan Israel memberitahu IRIN (UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs:) “Kami rasa ini (penutupan klinik tersebut) adalah kerana beberapa sebab: Penolakan Hamas dengan apa yang mereka katakan sebagai propaganda, keengganan (takut) warga Palestin, dan jarak jauh yang perlu mereka ambil untuk sampai ke pintu masuk.”

Jurucakap Mada, Yerukham Mendola, memberitahu IRIN: “Bukan keputusan kami untuk membuka atau menutup klinik ini. Arahan datang dari pelajat Isaac Herzog, menteri Hal-ehwal Sosial.

Herzog telah dilantik oleh Perdana Menteri Zionis Ehud Olmert dua minggu lalu untuk mengendalikan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Seorang jurucakap kepada sebuah NGO Israel Physians for Human Right (PHR) memberitahu IRIN: “Klinik ini sepatutnya dibuka sejak hari pertama, dan bukan setelah 22 hari [tempoh serangan Israel]. Pasukan kami di Gaza merumuskan bahawa sebuah klinik kecemasan  adalah tidak mengcukupi, dan keperluan perubatan mereka yang tercedera adalah lebih rumit dan tidak boleh dirawat di sebuah klinik kecemasan.” [IRIN/HP]

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts