Bethlehem – Parlimen Israel (Knesset) akan membahaskan satu rang undang-undang baru bagi mengharamkan laungan azan menggunakan  pembesar suara. Anastasia Michaeli, seorang ahli Knesset kelahiran Rusia mewakili parti politik Yisrael Beiteinu, telah menyerahkan satu cadangan rang undang-undang bagi menghalang penggunaan pembesar suara ketika melaungkan azan di semua masjid di negara haram Israel.

Rang undang-undang yang dicadangkan itu membolehkan sesiapa yang melanggar peraturan baru itu dikenakan denda ataupun tahanan penjara.

Masjid Putih di Nazareth

Dalam satu lawatan beliau ke bandar Nazareth, Michaeli berkata bahawa dia menyokong kebebasan beragama, tetapi kebebasan itu tidak boleh mengganggu “kualiti hidup ribuan Yahudi dan juga kaum Arab yang menderita setiap hari.”

Parti Yisrael Beiteinu yang berhaluan kanan dan dipimpin oleh pelampau Avigor Lieberman ini juga mendapat kritikan hebat sepanjang kempen pilihanraya lalu kerana menimbulkan sentimen anti Arab secara berterusan.

Sikap perkauman Israel tidak hanya ditujukan kepada penganut Islam sahaja. Ketika peristiwa Nakba, 100 ribu orang Kristian dihalau dari kampung asal mereka di Palestin. Mereka juga mengalami tekanan berterusan sehingga ke hari ini.

————-

Sumber berita: Palestine News Network, 15 May 2011

SHARE