Komander NATO Mengadakan Pertemuan Balas Dengan Tel Aviv

nato-commander21 Nov – Media Hebrew melaporkan bahawa Komander NATO, Admiral James Stavridis, telah mengadakan lawatan balas rasmi ke Tel Aviv, sebagai tanda penerimaan atas jemputan yang diajukan kepadanya oleh Ketua Staf Tentera Israel, Leftenan Jeneral Gabi Ashkenazi.

Sumber-sumber keselamatan Israel menilai bahawa kunjungan yang berlangsung pada hari Rabu, 18 November itu, sebagai salah satu situasi yang membawa mesej tertentu dan mempunyai petanda sangat penting, menurut mereka.

Ketua Staf Tentera Israel itu sempat mengungkapkan bahawa hubungan antara Israel dan NATO sangat penting, saat makan malam yang diadakan untuk menghormati Komander NATO tersebut. “Tentera Israel dan NATO berhadapan dengan cabaran biasa dan cabaran yang sama,” kata komander NATO tersebut.

Menurut sumber-sumber media Hebrew, Komander NATO memeriksa “perancangan strategik” dan perancangan multi-tahunan tentera Israel. MEMO

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts