Komitmenku Buat Palestin – Memudahkan Anda Membantu Palestin

Kad Komitmen1

BANDAR BARU BANGI, 28 Mei 2014 — Akhir tahun lalu, HALUAN Palestin telah melancarkan kempen “Komitmenku Buat Palestin” bagi menyediakan satu kaedah bagi masyarakat prihatin menyumbang secara berterusan kepada saudara mereka yang memerlukan di Palestin. Setelah beberapa bulan berlalu, kempen tersebut kini semakin mendapat sambutan yang memberansangkan.

 

Tujuan kempen Komitmenku Buat Palestin?

Program Komitmenku Buat Palestin dirancang bagi menyediakan mekanisme terancang untuk meningkatkan penyertaan dan tautan hati kita terhadap perjuangan Palestin secara bersungguh dan berterusan. Melalui sumbangan bulanan sebanyak RM10, peserta program ini akan dapat membantu perlaksanaan projek bantuan strategik yang diamanahkan kepada HALUAN Malaysia dan rakan NGO antarabangsa, termasuklah projek-projek berikut:

  1. Bantuan kecemasan ketika serangan dan bencana alam.
  2. Pembinaan Hospital Pakar Bedah & Mata Indonesia-Malaysia di An-Nashr, Gaza City.
  3. Pembinaan Pusat Rawatan Kanser Al-Huda di al-Rimal Tal Islam, Gaza City.
  4. Bantuan untuk Pelarian Palestin di Syria, Lubnan dan Iraq.
  5. Pembinaan Sekolah Rendah Syari’ah di Kem Pelarian Deir al-Balah, Gaza.
  6. Tajaan pelajar perubatan Gaza di universiti terpilih di Sudan.
  7. Bantuan Operasi Maahad Tahfiz di Masjid Umari Al-Kabir di al-Daraj, Gaza.

Program membantu pelarian Palestin di Syria dan Lubnan juga ditingkatkan melalui program anak-anak angkat yatim dan bantuan makanan.

 

Ganjaran Untuk Peserta

Semoga usaha ini dapat memudahkan kita menunai kewajipan terhadap Palestin. Sebagai menghargai komitmen peserta, mereka bakal menerima ganjaran-ganjaran berikut:

  • Peluang menyertai modul kuliah bulanan aktivis Palestin merangkumi pengajian menyeluruh dan kedudukan sebenar tentang Palestin.
  • Peluang mengikuti latihan dan seminar bagi aktivis dan seterusnya menjadi sukarelawan HALUAN Palestin.
  • Peluang menyertai misi bantuan dan kemanusiaan HALUAN setelah memenuhi syarat yang ditetapkan.
  • Keutamaan dalam penyertaan program anjuran HALUAN.
  • Tawaran diskaun bagi pembelian barangan jualan HALUAN Palestin dan juga kedai-kedai terpilih.
  • Menerima laporan atau buletin berkala tentang perkembangan projek bantuan untuk Palestin.
  • Perhimpunan khusus para peserta Komitmenku Buat Palestin.
Restoran nasi Arab D'Olive turut menyemarakkan lagi Komitmenku Buat Palestin dengan menawarkan diskaun 5%.
Restoran nasi Arab D’Olive turut menyemarakkan lagi Komitmenku Buat Palestin dengan menawarkan diskaun 5%.

 

Bagaimana menyertai Komitmenku Buat Palestin?

Semua peringkat masyarakat dialu-alukan menyertai program ini. Sekiranya kita tidak mampu untuk memberi sumbangan sebanyak RM10 setiap bulan, mungkin kita juga dapat merancang bersama-sama ahli keluarga, rakan sepejabat atau rakan sekolah untuk mengumpul sebanyak RM10 sebulan. InsyaAllah keberkatan perjuangan Palestin tersebar luas!

  • Lengkapkan borang penyertaan.
  • Dapatkan pengesahan daripada pihak Urusetia Program dari Biro HALUAN Palestin.
  • Mulakan sumbangan RM10 bulanan anda ke akaun

TABUNG PALESTIN HALUAN
Bank Islam Malaysia Berhad (14-023-01-003429-2) atau
Maybank Berhad (5644-9020-8528)

  • Anda akan menerima Kad Komitmenku setelah sumbangan pertama disahkan.
  • Pastikan sumbangan bulanan anda berterusan bagi melayakkan anda menikmati diskaun dan ganjaran yang ditawarkan.

Hubungi pihak Urusetia untuk sebarang pertanyaan, makluman atau cadangan melalui talian 03 5166 0599 atau emel komitmenku@haluan.org.my. Anda juga boleh hubungi wakil HALUAN Palestin di tempat anda.

Marilah kita bersama-sama amalkan pesanan Rasulullah SAW:

Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit.
[Hadis riwayat Bukhari & Muslim]

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts