Konvoi ke 5 Viva Paletina Berjaya Memasuki Gaza

GAZA, Jumaat, 22 Oktober – Alhamdulillah, para aktivis Palestin dengan menaiki lebih 100 buah kereta dan lori telah berjaya menyeberang ke Jalur Gaza yang diblokade Israel melalui persempadanan Rafah Mesir dengan membawa bantuan bernilai jutaan ringgit.

Sebahagian Aktivis Pertubuhan¬† “Viva Palestin”¬† tiba di bandar pelabuhan Mesir al-Arish dari Lattakia, Syria, dengan menaiki kapal sejak hari Khamis (21/10).

Manakala sekitar 300 aktivis lainnya menaiki kapal terbang menuju ke lapangan terbang al-Arish dan bergabung dengan penumpang kapal sebelum memasuki Gaza.

Para aktivis awalnya bergabung di Syria dari Turki, Algeria, Maghribi, Jordan, Malaysia dan negara-negara lebih.

Konvoi, yang diadakan oleh George Galloway, seorang ahli politik Inggeris, awalnya berangkat dari London pada 18 Oktober dan tiba di Syria dua minggu kemudian.

Para aktivis terpaksa menunggu selama lebih dari dua minggu di Lattakia bagi mendapatkan keizinan dari pentadbiran Mesir untuk penghantaran bantuan, yang meliputi ubat-ubatan dan peralatan sekolah, bagi memasuki ke pelabuhan al-Arish.

Phak berkuasa Mesir akhirnya memberi kebenaran bantuan memasuki Gaza namun membenarkan para aktivis untuk memasuki Gaza selama tiga hari sahaja. (aljazeera)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts