Konvoi Kemanusiaan “Road To Hope” Berjaya Memasuki Gaza

GAZA, 26 Nov – Konvoi Misi Kemanusiaan “Road To Hope” akhirnya telah berjaya  tiba di Jalur Gaza, pada Khamis (26/11), dengan membawa 30 buah kenderaan yang penuh dengan barang bantuan dan 101 pekerja bantuan kemanusiaan, termasuk lapan yang terselamat dari serangan Israel di atas kapal Mavi Marmara yang menewaskan sembilan aktivis kemanusiaan pada bulan Mei tahun ini.

Pihak Mesir cuba untuk menghalang kemasukan konvoi tersebut namun kemudian membenarkan tiga anggota konvoi untuk memasuki Gaza, sebelum membenarkan bakinya melalui persempadanan.

Konvoi bantuan tersebut telah melalui perjalanan panjang melebihi 4500km melalui Britain, Perancis, Sepanyol, Maghribi, Tunisia, Algeria, dan Libya sebelum menuju ke Mesir untuk memasuki Gaza.

Konvoi sebelum ini telah tersekat selama sembilan hari di sempadan Libya-Mesir kerana penguasa Mesir gagal untuk memberikan keizinan untuk mereka menyeberang ke Mesir melalui jalan darat. Masalah ini memaksa penganjur konvoi untuk menyewa sebuah kapal  untuk berlayar ke Mesir.

Konvoi ini berjaya berkumpul di Mesir setelah mereka menghadapi perbagai halangan dan cabaran. Antaranya kejadian penculikan 10 ahli konvoi dari Libya ke Greek. 3 ahli konvoi bergerak ke Mesir melalui laut dengan 30 kenderaan dan USD 500,000 bantuan kemanusiaan, 29 ahli konvoi terpaksa menempat jet  dari Libya ke El Arish dan 3 dari 10 mangsa penculikan menaiki kapalterbang dari UK dan Greek dan terus ke Mesir pada November 21, 23 dan 25 Nov, dan akhirnya mereka berjaya bersatu semula  pada 25 Nov.

Konvoi bantuan kemanusiaan ini menyampaikan beberapa barangan keperluan bernilai USD  1 Juta termasuk kenderaan, bantuan perubatan, peralatan untuk sekolah, selimut, mainan untuk anak-anak, kerusi roda dan peralatan pendidikan. (imc)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts