Korban serangan ke atas GRM meningkat kepada 40 orang

RAFAH, 23 April 2018 — Pemuda Gaza Abdullah Muhammad al Syamali, 20, meninggal dunia akibat kecederaan ditembak oleh tentera Zionis ketika menyertai pehimpunan Great Return March (GRM) di timur Rafah hari Jumaat lalu.

Abdullah yang merupakan anak kepada pemimpin Briged al-Qassam, Muhammad Jibril al Syamali, cedera parah ditembak di bahagian dada dan dirawat di Hospital Eropah di Gaza. Beliau disahkan meninggal dunia petang semalam.

Sejak GRM dilancarkan pada 30 Mac lalu, seramai 40 orang termasuk Abdullah telah terkorban. Angka kecederaan kini melebihi 4,500 orang di mana 120 daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Pada hari Jumaat keempat GRM dua hari lalu, empat orang telah ditembak mati termasuk kanak-kanak Muhammad Ibrahim Ayyoub, 15, dan 729 yang lain cedera.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts