Kota al-Khalil disekat ketat, penduduk dihalang ke Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 30 Jun 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menutup semua laluan masuk ke Kota Lama al-Khalil berikutan serangan menikam pendatang Yahudi di penempatan haram Kiryat Arba, tidak jauh dari kota tersebut.

Pagi tadi, seorang remaja Palestin dikatakan memasuki penempatan haram Yahudi di Kiryat Arba dan menikam seroang anak pendatang Yahudi, sehingga mangsa mati akibat kecederaan. Remaja terebut ditembak mati di tempat kejadian.

Tentera mendakwa mereka menutup Kota Lama al-Khalil, termasuk laluan ke Masjid Ibrahimi, kejiranan Jabeir, kawasan al-Sahla, kejiranan Abu Sneinah, dan kawasan Tel Rumeida, bagi menghalang pertempuran antara penduduk Palestin dan pendatang Yahudi ketika upacara pengkebumian anak pendatang Yahudi tersebut.

Susulan insiden di Kiryat Arba, sekumpulan pendatang Yahudi yang bersenjata berkumpul berdekatan kota al-Khalil dan cuba menyerang penduduk Palestin.

Akibat sekatan di seluruh Kota Lama, penduduk Islam tidak dibenarkan berkunjung ke Masjid Ibrahimi untuk beribadah dan menyambut Lailatul Qadr.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts