Krisis bekalan air di Salfit semakin meruncing

SALFIT, 14 Ogos 2016 (PIC) — Penduduk Palestin di wilayah Salfit berhadapan dengan krisis bekalan air yang meruncing berikutan tindakan syarikat air Zionis, Mekorot, memotong bekalan air ke kota tersebut.

Krisis ini bukan sahaja mengancam kesihatan penduduk di mana kanak-kanak dilaporkan berhadapan dangan masalah dehidrasi, bahkan juga masalah kemusnahan ternakan dan tanaman.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila pendatang Yahudi yang tinggal di penempatan haram Ariel menghalang penduduk Palestin memasuki kawasan telaga-telaga air di utara Salfit.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts