Kumpulan pejuang Palestin bersetuju dengan gencatan senjata

GAZA, 13 Nov 2018 — Bilik Operasi Bersama kumpulan-kumpulan mujahidin Palestin petang tadi mengumumkan bahawa usaha pihak Mesir telah membawa kepada persetujuan gencatan senjata dengan tentera penjajah Zionis.

Mujahidin Palestin akan menghormati gencatan senjata selagi mana tentera penjajah mematuhi persefahaman yang dikemukakan oleh Mesir itu.

“Kami menyanjung tinggi semua kumpulan mujahidin yang telah menunaikan tugas dan mempertahankan bangsanya daripada keganasan Zionis,” sebut kenyataan mereka.

Sekurang-kurangnya 14 penduduk Gaza terbunuh dan 31 yang lain tercedera dalam serangan tentera Zionis sejak Ahad lalu.

Ketegangan tercetus apabila tujuh pejuang Palestin termasuk seorang komander Briged al-Qassam terkorban ketika mematahkan operasi rahsia tentera Zionis yang menceroboh masuk ke dalam wilayah Gaza. Seorang pegawai tentera Zionis dari pasukan komando Briged Golani mati dalam insiden tersebut.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts