Kumpulan pelampau Yahudi hasut pencerobohan al-Aqsa sempena perayaan Purim

BAITULMAQDIS, 27 Feb 2018 — Kumpulan-kumpulan pelampau Yahudi menghasut pengikut-pengikut mereka supaya menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pada hari Rabu dan Khamis bagi menyambut perayaan Purim.

Hasutan yang disebarkan melalui media sosial itu merancang serbuan ke atas tapak suci umat Islam itu untuk melakukan ritual Talmud serta menjamu hamantaschen, iaitu pastri bersegi tiga untuk perayaan Purim.

Purim disambut setiap tahun bagi memperingati peristiwa kaum Yahudi diselamatkan daripada rancangan pembunuhan oleh Haman di zaman purba Empayar Parsi. Dalam perayaan tersebut penganut Yahudi bertukar-tukar dan menjamu makanan serta minuman, meminum arak dan memakai kostum.

(PIC, IMEMC, Alray)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts