Kumpulan Tahanan : Situasi Terburuk Dalam Sejarah Tahanan

Gaza, 17 Januari 2012-  Sebuah kumpulan tahanan Palestin telah melaporkan bahawa keadaan dan situasi perubatan bagi tahanan Palestin di dalam penjara Israel adalah yang terburuk sepanjang sejarah tahanan.

Dalam laporan tersebut, mereka telah menyatakan bahawa kehidupan tahanan di penjara seolah-olah telah keluar dari batas norma kemanusiaan khususnya berkaitan dengan keadaan kesihatan mereka. Pegawai (pihak berkuasa) penjara Israel berusaha mencari jalan untuk menyeksa tahanan-tahanan itu dan mempelbagaikannya lagi dengan memperkenalkan undang-undang serta kaedah untuk membunuh tahanan-tahanan tersebut di dalam penjara mereka.

Turut dilaporkan bahawa antara punca tersebarnya penyakit di kalangan tahanan adalah hasil daripada terdedahnya mereka (tahanan) dengan seksaan, semburan gas pemedih mata, makanan yang telah basi dan seumpama dengannya. Bahkan, penyakit itu juga berpunca daripada alat sistem peranti gangguan yang telah dipasang di dalam beberapa buah penjara.

Di samping itu, wujudnya saluran paip di dalam penjara telah menyebabkan bau-bau yang dilepaskan daripadanya telah mempengaruhi keadaan kesihatan pesakit terutamanya pesakit yang mengalami alahan dan serangan jantung. Bau ini juga telah memberi kesan buruk kepada mereka yang mengalami penyakit kulit sensitif.

Laporan tersebut juga turut memberi fokus pada  ‘sikap suka bertangguh’ oleh pegawai (pihak berkuasa) penjara Israel dalam memberikan rawatan kepada tahanan Palestin yang sakit.Mereka dengan sengaja telah memindahkan tahanan yang tidak sihat ke hospital Ramlah sedangkan jenis ubat-ubatan di situ tidak sesuai dengan jenis penyakit yang dihidapi oleh mereka (tahanan Palestin).

Diterjemahkan oleh Nur Muhammad Muhsin bin Mahmud

sumber : paltoday.ps

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts