Lagi jurnalis Palestin meninggal dunia selepas cedera ditembak

GAZA, 25 Apr 2018 — Jurnalis Palestin Ahmed Abu Hussein yang cedera parah ditembak oleh tentera Zionis pada hari Jumaat lalu disahkan meninggal dunia tengahari tadi.

Ahmed ditembak di bahagian perut dengan peluru “dum-dum” oleh penembak tepat tentera Zionis, walaupun beliau berada pada jarak yang dibenarkan dari pagar sempadan Gaza.

Ahad lalu, beliau dipindahkan ke Hospital Ramallah sebelum dipidahkan ke hospital Zionis Tel Hashomer, di mana beliau meninggal dunia, apabila keadaan beliau semakin tenat. Pihak perubatan di Gaza terpaksa menunggu selama dua hari untuk mendapatkan kebenaran rejim Zionis membawa beliau ke hospital di Tebing Barat bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Ahmed, 25, merupakan jurnalis kedua terbunuh ditembak oleh tentera Zionis ketika membuat liputan Great Return March (GRM) di sempadan Gaza.

Seorang lagi jurnalis, Yaser Murtaja, 30, ditembak mati pada 7 April lalu ketika membuat liputan dengan memakai jaket bertanda “PRESS”. Empat lagi jurnalis cedera sejak bermulanya GRM pada 30 Mac lalu, di mana seorang daripada mereka masih dalam keadaan kritikal.

(PIC, IMEMC, PNN, MEE)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts