Lagi Kanak-Kanak Gaza Menjadi Korban Cuaca Sejuk

caravanGAZA, 13 Jan 2015 (PNN) — Selepas tiga orang kanak-kanak meinggal dunia akibat cuaca sejuk yang melampau beberapa hari lalu, Fadi Qudeih, 18 bulan, meninggal dunia hari ini di sebuah rumah “caravan” yang menjadi kediaman sementara keluarganya.

Menurut laporan PNN, rumah keluarga Qudeih musnah dalam serangan tentera Zionis pada bulan Ogos lalu, sehingga mereka terpaksa berpindah untuk tinggal di dalam caravan di kawasan penempatan sementara di Khan Younis, selatan Gaza.

Fadi dilaporkan meninggal dunia akibat cuaca sejuk yang melampau, setelah dikejarkan ke Hospital Nasser.

Serangan taufan salji yang digelar “Huda” menyebabkan suhu di wilayah tersebut turun sehingga -4 darjah Celcius. Sekurang-kurangnya lima penduduk Gaza, empat daripadanya kanak-kanak berumur bawah 16 bulan, menjadi korban.

Sabtu lalu, Salma Al-Masri, tiga bulan, meninggal dunia kesejukan di Beit Hanoun di utara Gaza. Manakala Adel Al-Laham, satu bulan, yang tinggal di kediaman yang sama juga dilaporkan meninggal dunia apabila suhu turun secara mendadak.

Terdahulu pada hari Jumaat, Rahaf Abu-Assi, dua bulan, juga meninggal dunia akibat serangan taufan sejuk itu.

Manakala Ahmed Lahham, 22 tahun, meniggal dunia kesejukan apabila terpaksa tinggal di kediaman yang tidak sesuai dihuni terutama dalam keadaan cuaca sejuk.

Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mohammed Meidane, Sabtu lalu menyebut bahawa cuaca musim sejuk dan serangan taufan Huda juga menyebabkan kejadian banjir di beberapa kawasan di mana sebayank 152 buah rumah dinaiki air. Menurut beliau, Pertahanan Awam hanya mampu membantu menyelamatkan 47 buah kediaman sahaja.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts