Lagi kejadian tanah runtuh di selatan Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 30 Dis 2018 — Kejadian tanah runtuh berlaku lagi berdekatan Masjid al-Ein di kejiranan Wadi Hilweh di daerah Silwan, yang terletak di selatan Masjid al-Aqsa.

Laporan Pusat Maklumat Wadi Hilweh Jumaat lalu mendakwa kejadian tersebut berpunca dari aktiviti penggalian bawah tanah yang dilakukan oleh Yahudi bagi meluaskan jaringan terowong di bawah Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya.

Pembinaan dan penggalian bawah tanah kini mengancam keselamatan penduduk Palestin di kejiranan tersebut.

Beberapa kejadian tanah runtuh telah berlaku sebelum ini, dan rumah serta bangunan penduduk mengalami kerosakan struktur sejak penggalian bermula bertahun-tahun lalu.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts